fbpx

23 Mei 2022, 4:59 am

  TERKINI

Jalan kampung sudah 40 tahun rosak, penduduk kirim buah oren kepada Jokowi

PENDUDUK dari Karo menghantar trak berisi buah oren kepada Joko Widodo. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Beberapa jalan di desa dan laluan ke dusun di Liang Melas Datas, Daerah Karo, Sumatera Utara dilaporkan rosak teruk dan penduduk mengadu mahukan perkara itu diatasi segera.

Detik melaporkan, mungkin sudah agak lama aduan tidak diendahkan, penduduk yang mahukan jalan diperbaiki bertindak mengirim satu trak berisi buah oren untuk ‘dihadiahkan’ kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Trak itu berlepas dari Simpang Pos, Medan ke Jakarta, Jumaat lalu,.

Tokoh Masyarakat Liang Melas Datas, Setia Sembiring berkata: “Kami mahu menghantar ole-ole kepada Bapak Presiden kita dari Liang Melas Datas. Jadi itulah tujuan kami menghantar buah oren”.

Menurutnya, dengan cara itu, penduduk berharap Jokowi dapat memberikan perhatian kepada daerah berkenaan yang sekian lama berdepan jalan rosak.

Malah jelasnya, kerosakan jalan di wilayahnya sudah berlarutan selama 40 tahun.

Katanya, pengangkutan untuk membawa hasil pertanian dari daerah itu terhalang akibat perkara tersebut.

POPULAR

KOSMO! TERKINI