Ireland sahkan kesan kes pertama varian Omicron - Utusan Malaysia

Ireland sahkan kesan kes pertama varian Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Ireland mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 Omicron di negara itu.

Lapor Xinhua, Jabatan Kesihatan memaklumkan kes itu berkaitan dengan perjalanan dari salah sebuah negara Afrika.

Jabatan Kesihatan tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Terdahulu, penyiar radio dan televisyen RTE melaporkan Makmal Nasional Rujukan Virus yang berpangkalan di Dublin menjalankan ujian ke atas beberapa sampel yang dikumpulkan pada hujung minggu.

Dilaporkan, satu daripada lapan sampel yang menjalani proses penjujukan genom disahkan mempunyai varian Omicron.

Menurut laporan, saintis memaklumkan tiada kes tambahan berkaitan kes varian yang disahkan.

Malah, tiada bukti penularan dalam komuniti varian Omicron setakat itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN