Lima kanak-kanak maut terpelanting ke udara, permainan istana angin melayang ditiup angin kuat - Utusan Malaysia

Lima kanak-kanak maut terpelanting ke udara, permainan istana angin melayang ditiup angin kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera parah selepas mereka terpelanting 10 meter ke udara apabila permainan istana angin melayang ditiup angin kuat di Tasmania, hari ini.

Menurut polis, insiden itu berlaku ketika murid sekolah rendah di utara Tasmania beriadah meraikan minggu terakhir persekolahan sebelum cuti Krismas.

Komander Polis Tasmania, Debbide Williams berkata, insiden itu amat tragis dan menyedihkan.

Beberapa helikopter penyelamat dan ambulans dikerah ke lokasi kejadian, manakala media tempatan melaporkan, beberapa pegawai polis turut bersedih di tempat kejadian.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyifatkan insiden itu di luar jangkaan dan menyayat hati.

“Kegembiraan kanak-kanak ini bertukar kepada mimpi ngeri yang menakutkan dan menyedihkan.

“Saya hanya mampu berdoa semoga semua keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Pesta itu turut dihadiri oleh ibu bapa yang menjadi sukarelawan.

Mereka menyediakan pelbagai permainan menarik untuk kesemua murid berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN