Dua kes import di Singapura positif ujian awal varian Omicron - Utusan Malaysia

Dua kes import di Singapura positif ujian awal varian Omicron

PESAWAT Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines semalam didapati positif dalam ujian awal bagi varian Omicron Covid-19.

Channel News Asia melaporkan perkara itu dengan memetik kenyataan Kementerian Kesihatan.

“Kedua-dua kes telah diasingkan sejurus selepas mereka tiba di negara ini, semalam.

“Mereka belum sempat berinteraksi dalam komuniti,” jelas kenyataan itu.

Kedua-dua individu itu tiba dari Johannesburg dengan menaiki pesawat SQ479.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN