Dua kapal kargo berlanggar di perairan Sweden - Utusan Malaysia

Dua kapal kargo berlanggar di perairan Sweden

GAMBAR hiasan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Dua orang dilaporkan hilang selepas dua kapal kargo bertembung di perairan selatan Sweden pada awal pagi tadi.

Kejadian itu disahkan oleh Pentadbiran Maritim Sweden.

“Sejurus selepas pukul 3 pagi (waktu tempatan), kami menerima maklumat menerusi pusat penyelamat laut dan udara bahawa dua kapal kargo berlanggar antara Ystad dan Bornholm,” kata jurucakap Pentadbiran Maritim Sweden, Carl-Johan Linde.

Menurut Johan Linde, operasi menyelamat sedang dijalankan untuk mencari dua orang yang terjatuh ke dalam laut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN