Dilarang merokok di semua pantai di Sepanyol - Utusan Malaysia

Dilarang merokok di semua pantai di Sepanyol

ORANG ramai yang melanggar undang-undang tersebut boleh didenda sehingga 2,000 pound. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sepanyol bakal mengharamkan aktiviti merokok di semua kawasan pantai dan mereka yang melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga 2,000 euro (RM9,503).

Undang-undang baharu itu bertujuan mengekang pencemaran yang diakibatkan oleh puntung rokok yang sering mencemari kawasan pantai di negara ini.

Puntung rokok merupakan satu daripada bahan pencemaran yang berbahaya kerana mengandungi polimer plastik yang tidak boleh diurai dan mengeluarkan toksik.

Beberapa wilayah di Sepanyol seperti Barcelona dan kepulauan Canary sudah pun melaksanakan undang-undang tersebut.

Pendekatan itu diputuskan beberapa bulan selepas satu petisyen yang ditandatangani lebih 283,000 penduduk diserahkan kepada  kerajaan untuk mengubah undang-undang sedia ada.

Undang-undang baharu itu diluluskan oleh parti pemerintah, sekali gus men jadi negara pertama di Eropah yang melarang aktiviti merokok di semua kawasan pantai.

Beberapa negara Eropah juga melaksanakan undang-undang sama, namun hanya melibatkan sesetengah kawasan sahaja seperti di selatan Perancis dan Sardinia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya