China cipta mesin pendakwa raya guna teknologi AI - Utusan Malaysia

China cipta mesin pendakwa raya guna teknologi AI

Mesin pendakwa raya AI itu berupaya mendakwa suspek jenayah dengan lebih 97 peratus ketepatan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: China mencipta pendakwa raya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh mendakwa mana-mana suspek jenayah dengan lebih 97 peratus ketepatan.

Mesin itu boleh mengesan ‘perbezaan pendapat’ menentang polisi negara ini dan mencadangkan hukuman bersesuaian terhadap suspek terlibat.

Pembangunan mesin tersebut sudah pun mencetuskan kebimbangan terhadap pelbagai pihak, termasuk golongan pendakwa raya manusia yang bimbang mengenai siapa akan bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat oleh mesin berkenaan.

Mesin itu boleh memfailkan pendakwaan berdasarkan penjelasan verbal sesuatu kes dan dicipta oleh Shanghai Pudong People’s Procuratorate, iaitu pejabat pendakwa raya terbesar dan tersibuk di China.

Teknologi AI pada mesin itu boleh mengurangkan beban kerja pendakwa raya dan membolehkan mereka fokus pada kes yang lebih rumit, menurut ketua projek, Prof. Shi Yong.

Katanya, sistem mesin itu boleh membuat pendakwaan berdasarkan 1,000 ‘ciri’ daripada teks huraian kes yang disiapkan.

“Mesin itu juga dilatih menggunakan 17,000 kes kehidupan sebenar dari 2015 hingga 2020 dan dapat mengenal pasti serta mendakwa tertuduh bagi lapan jenayah paling biasa dilakukan di Shanghai.

“Ini termasuk jenayah provokasi iaitu istilah digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat, penipuan kad kredit, perjudian, pemanduan bahaya dan menghalang tugas rasmi,” katanya.

Namun, sistem itu tidak mempunyai peranan dalam pembuatan keputusan dan tidak menjatuhkan hukuman.

Penggunaan teknologi AI sudah pun digunakan dalam sektor perundangan, namun ini merupakan kali pertama melibatkan keupayaan membuat pendakwaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya