fbpx

Bilionair Jepun ke ISS guna roket Soyuz milik Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Roket milik Rusia akan menghantar bilionair Jepun ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), kira-kira pukul 7.38 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Perkembangan itu sekali gus menandakan Rusia kembali kepada pengembaraan angkasa lepas selepas sedekad menyaksikan peningkatan persaingan daripada syarikat milik persendirian Amerika Syarikat.

Hartawan fesyen dalam talian, Yusaku Maezawa dan pembantunya, Yozo Hirano akan berlepas dari kosmodrom Baikonur di Kazakhstan milik Rusia.

Perjalanan menaiki kapal angkasa Soyuz yang dipandu oleh angkasawan, Alexander Misurkin akan mengambil masa selama lebih enam jam.

“Saya berasa teruja kerana seperti pelajar sekolah rendah yang menunggu sesi lawatan,” kata Maezawa.

Selepas berlabuh di modul Poisk, segmen Rusia di ISS, ketiaga-tiga mereka akan menghabiskan masa selama 12 hari di stesen itu.

Pelancong Jepun itu merancang untuk mendokumentasikan kehidupan harian mereka di ISS ke saluran Youtube popular, Maezawa.

Bilionair berusia 46 tahun itu turut merancang 100 tugasan untuk disiapkan termasuk mengadakan perlawanan badminton di orbit.

Maezawa yang merupakan peminat angkasa lepas turut membuat perancangan membawa lapan orang bersamanya ke bulan menerusi misi 2023 dengan Space X milik Elon Musk.-AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI