Arab Saudi dakwa Jemaah Tabligh kumpulan pengganas? - Utusan Malaysia

Arab Saudi dakwa Jemaah Tabligh kumpulan pengganas?

TANGKAP layar ciapan Twitter Kementerian Hal Ehwal Agama Arab Saudi baru-baru ini.-TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi mahu khutbah Jumaat yang disampaikan di semua masjid minggu ini memberi amaran mengenai kumpulan Jemaah Tabligh kerana didakwa ‘sudah sesat sehingga mendorong keganasan’.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Abdullateef al-Sheikh yang mahu semua khatib di masjid menyampaikan khutbah 10 Disember ini mengenai amaran terhadap golongan pendakwah tersebut.

Khutbah itu akan menggariskan mengenai empat isi penting utama terhadap jemaah Tabligh iaitu penjelasan mengenai kesesatan, penyelewengan dan bahaya kumpulan tersebut yang membuka salah satu pintu keganasan, walaupun mereka mendakwa sebaliknya.

Kedua, khutbah itu akan membongkar mengenai kesalahan utama mereka serta ancaman bahaya terhadap masyarakat.

Kerajaan Arab Saudi turut melarang sebarang kenyataan rasmi daripada gabungan Jemaah Tabligh dengan mana-mana parti politik.

Jemaah Tabligh merupakan gerakan dakwah yang bermula di India sejak 1926 sejak zaman pemerintahan British.

Kumpulan dakwah itu terkenal kerana sering mengajak umat Islam mengamalkan gaya hidup berlandaskan syariat Islam.

Jemaah itu dianggarkan mempunyai seramai 350 hingga 400 juta pengikut di seluruh dunia.

Jemaah Tabligh menegaskan mereka mengelakkan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti politik dan perdebatan kerana hanya mahu memfokuskan usaha terhadap dakwah semata-mata.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya