Ahli silap mata Malaysia cipta dua rekod Dunia Guinness - Utusan Malaysia

Ahli silap mata Malaysia cipta dua rekod Dunia Guinness

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki rakyat Malaysia yang merupakan ahli silap mata berjaya mencipta dua rekod Dunia Guinness.

Bagi rekod pertama, Avery Chin berjaya melakukan 37 aksi silap mata dalam tempoh seminit, dan untuk rekod kedua, lelaki itu melakukan aksinya dalam keadaan mata tertutup.

Chin menggunakan meja yang dipenuhi pelbagai barangan untuk melakukan 37 aksi silap mata dalam masa seminit.

Bagi rekod kedua, Chin berjaya melakukan 30 aksi silap mata dalam tempoh seminit dengan matanya ditutup dengan kain.

Sebelum ini, Chin pernah mencipta satu lagi rekod Guinness menerusi aksi silap mata api bersama pembantunya, Sylvia Lim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN