200 tan ikan tilapia dan emas mati di Agam - Utusan Malaysia

200 tan ikan tilapia dan emas mati di Agam

DUA nelayan melihat ratusan ikan yang mati di Tasik Maninjau di Sumatera Barat, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGAM: Dianggarkan sebanyak 200 tan ikan jenis tilapia dan emas mati di Tasik Maninjau di Agam, Sumatera Barat.

Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan cuaca buruk iaitu hujan dan angin kencang yang melanda daerah itu pada minggu lalu.

Pegawai Perikanan Tanjungraya, Asrul Deni Putra berkata, kematian jutaan tan ikan itu berlaku di dua perkampungan, iaitu Nagari Tanjung dan Nagari Koto.

Katanya, kesemua ikan tersebut diternak penduduk kampung sebagai sumber pendapatan mereka.

“Hujan lebat dan angin kencang yang berlaku menyebabkan perubahan air di dasar tasik tersebut.

“Perubahan arus menyebabkan sisa makanan yang dicemari amonia dan terkumpul di dasar tasik timbul ke atas, lalu meracuni ikan dalam sangkar,” katanya.

Jelas Asrul, kesemua ikan tersebut mati dalam tempoh beberapa jam selepas hujan lebat berlaku.

Terdahulu, pihak berkuasa menasihatkan para nelayan menghentikan sementara aktiviti menabur benih ikan susulan cuaca buruk yang dijangka berlangsung sehingga Januari depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya