fbpx

Wayang kulit dari Malaysia? Indonesia kata asal dari tanah Jawa

SOLO: Baru-baru ini, Adidas Singapura meminta maaf selepas akaun Instagram miliknya sempat menyebut wayang kulit berasal dari Malaysia.

Detik melaporkan, bagaimanapun melihat ke belakang, sejarah wayang kulit di Pulau Jawa berawal daripada nilai spiritual masa lalu.

“Wayang bermula daripada kegiatan animisme dan dinamisme untuk pemujaan roh nenek moyang. Wayang berasal daripada perkataan Wa Hyang, maksudnya pergi kepada nenek moyang,” jelas Dekan Fakulti Seni Persembahan ISI Solo, Sugeng Nugroho.

Menurutnya, kegiatan itu sebenarnya masih ada sampai sekarang.

Katanya, bukti wayang itu dari tanah Jawa terbukti mulai abad ke-7.

“Buktinya sama semperti yang terdapat dalam beberapa buah prasasti. Malah dalam prasasti Wukajana bertarikh 907 Masihi. ada menyatakan bukti wayang ketika itu digunakan untuk memuja roh nenek moyang,” katanya.

Jelasnya, bukti itu diperkuat dengan kitab Wertasancaya karangan Empu Tan Akung pada zaman Raja Kediri.

Buku itu banyak menceritakan tentenag kelengkapan untuk persembahan wayang seperti warna dan iringan gamelan wayang kulit.

Jelas Sugeng, apa lagi nama-nama peralatan dalam pertunjukan wayang kulit berasal daripada bahasa Jawa.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!