Wajib buat PCR untuk perjalanan darat melebihi 250 kilometer - Utusan Malaysia

Wajib buat PCR untuk perjalanan darat melebihi 250 kilometer

KEADAAN di sekitar lebuh raya baharu di Blang Bintang, Aceh, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan peraturan baharu mengenai perjalanan darat dalam negeri semasa pandemik Covid-19.

Peraturan baharu itu termaktub dalam Surat Edaran Nombor 90, Tahun 2021 yang disemak oleh Surat Edaran Menteri Perhubungan Nombor 86, Tahun 2021.

Berdasarkan surat tersebut, individu yang bercadang untuk melakukan perjalanan darat dengan jarak minimum iaitu 250 kilometer atau empat jam perjalanan diwajibkan melakukan ujian Covid-19 dan menunjukkan kad vaksinasi.

Ketua Pengarah Perhubungan Darat, Budi Setiyadi berkata, kesemua dokumen itu perlu ditunjukkan ketika melakukan perjalanan darat dari Pulau Jawa dan Bali.

“Individu itu perlu mengemukakan keputusan ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang negatif sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjalanan atau ujian pantas (RTK) antigen dalam tempoh 24 jam.

“Peraturan baharu itu diguna pakai untuk semua pengguna kenderaan perseorangan, kenderaan bermotor umum dan motosikal,” katanya.

Selain itu, pengembara yang ingin melakukan perjalanan jarak jauh menggunakan pengangkutan darat juga perlu menyediakan dokumen yang sama.

Bagi golongan pemandu dan pembantu pemandu kenderaan logistik, mereka perlu mengemukakan kad vaksinasi, keputusan ujian RTK negatif yang sampelnya diambil maksimum 14 hari sebelum perjalanan dilakukan.

Jelas Budi, peraturan itu akan dilaksanakan sehingga pemberitahuan kelak dan mungkin diteruskan mengikut kesesuaian keadaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya