Tidur antara pukul 10-11 malam kurangkan risiko penyakit jantung - Utusan Malaysia

Tidur antara pukul 10-11 malam kurangkan risiko penyakit jantung

KAJIAN mendapati amalan tidur selepas waktu tengah malam boleh menjejaskan kesihatan jantung. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian baharu mendapati amalan tidur antara pukul 10 dan 11 malam mampu mengurangkan risiko mengalami penyakit jantung.

Lapor Daily Mail, kajian yang dilakukan Universiti Exeter mendapati amalan tidur selepas waktu tengah malam boleh menjejaskan kesihatan jantung kerana individu kurang melihat cahaya pagi sehingga mengganggu sistem tubuh badan semula jadi.

Saintis meneliti data membabitkan lebih 88,000 warga Britain yang berumur antara 43 dan 74 tahun.

Peserta memakai penjejak pergelangan tangan selama seminggu yang memantau waktu tidur mereka.

Data tersebut kemudian dibandingkan dengan rekod perubatan peserta sepanjang lima tahun lalu yang memperincikan kes penyakit jantung, serangan jantung, strok dan kegagalan jantung.

Penyelidik mendapati mereka yang tidur antara 10 dan 10.59 malam setiap hari mempunyai kadar rendah masalah jantung.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal European Heart, menggalakkan orang ramai mengekalkan
waktu tidur yang tetap agar dapat membantu mencegah masalah penyakit jantung pada tahap
minimum. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya