Tidak sokong abang jadi ketua kampung, rumah adik dibakar - Utusan Malaysia

Tidak sokong abang jadi ketua kampung, rumah adik dibakar

KEADAAN rumah seorang penduduk yang dibakar dalam satu kejadian di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WAINGAPU: Seorang anggota Perlindungan Masyarakat Desa Watumbelar di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur yang dikenali sebagai Niko membakar rumah seorang penduduk dalam satu kejadian semalam.

Menurut polis, tindakan itu dilakukan kerana Niko berang mangsa tidak menyokong calon ketua kampung yang dicadangkannya untuk bertanding dalam pemilihan ketua baharu.

Selain itu, calon ketua kampung tersebut juga merupakan abang kandung mangsa.

“Berdasarkan soal siasat, Niko memberitahu dia berasa sakit hati selepas mangsa enggan menyokong calon ketua kampung yang dicadangkannya, sebaliknya menyokong calon lain.

“Mangsa juga dikatakan ‘melupakan pertalian keluarga’ kerana tidak menyokong abang sendiri,’ ujar jurucakap polis, Handrio Wicaksono.

Dalam pada itu, Handrio memaklumkan, polis masih menyiasat jika ada pihak lain terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, mangsa mengalami kerugian sekitar 40 juta rupiah (RM11,752) akibat kebakaran itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya