fbpx

Thailand larang kemasukan pelancong dari 8 negara Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand memaklumkan akan melarang kemasukan pengunjung dari lapan negara Afrika.

Tindakan itu susulan penemuan varian B.1.1.529 yang ditetapkan sebagai varian membimbangkan (VOC).

Menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, pengunjung dari Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe akan dilarang memasuki negara tersebut bermula Disember ini.

Katanya, bermula Sabtu, pengunjung tidak dapat berdaftar untuk memasuki Thailand.

“Mereka yang diluluskan untuk memasuki Thailand dari lapan negara Afrika ini akan diarahkan menjalani kuarantin mandatori tambahan selama 14 hari bermula hari ini,” kata Ketua Pengarah Jabatan, Opas Karnkawinpong kepada wartawan.

Jelasnya, pengunjung dari negara Afrika lain yang sudah mendapat kelulusan untuk mengunjungi Thailand pula diwajibkan menjalani kuarantin hotel selama 14 hari. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI