Terbang ke zon perang guna sut ‘Iron Man’ - Utusan Malaysia

Terbang ke zon perang guna sut ‘Iron Man’

RICHARD Browning menguji sut jet di udara. - GRAVITY INDUSTRIES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tentera Britain pada masa depan sudah boleh mengerahkan anggotanya terbang ke zon perang hanya menggunakan ‘sut jet’.

Lapor Daily Star, menerusi satu pertunjukan, pasukan tentera Britain menerbangkan seorang anggota menggunakan sut tersebut di Army People Conference, Farnborough, Selasa lalu.

Jurucakap tentera mengesahkan pertunjukan tersebut yang bertujuan mempersembahkan potensi aplikasi dan peralatan terkini yang dimiliki tentera Britain. 

Sut khas itu dihasilkan oleh Gravity Industries. 

Ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Richard Browning berkata, pihaknya mereka cipta sut jet seperti Iron Man yang membolehkan sesiapa sahaja terbang di udara dengan kelajuan 80 kilometer sejam. 

Sut itu menggunakan 1,000 kuasa kuda yang dijana dari turbin jet yang dipasang di bahagian tangan.  

Sut tersebut turut membawa sebanyak 23 liter minyak di bahagian belakang badan dengan kos jualan mencecah 322,000 pound (RM1.8 juta).  

Individu perlu memakai pelindung telinga semasa terbang kerana bunyi turbin yang dipasang terlalu kuat. 

Bagaimanapun, sut tersebut belum tersedia untuk kegunaan bertempur kerana hanya mampu berada di udara selama lima ke 10 minit. 

Sut tersebut turut diuji cuba oleh Tentera Laut Diraja Britain yang menggunakannya untuk menangkap lanun di laut serta pihak polis di Salisbury untuk menangkap pencuri. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya