Teksi terbang elektrik tanpa pemandu dilancar 2028 - Utusan Malaysia

Teksi terbang elektrik tanpa pemandu dilancar 2028

TEKSI terbang elektrik tanpa pemandu itu dicipta berdasarkan konsep S-A1 Hyundai.-HYUNDAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Hyundai akan memperkenalkan teksi terbang elektrik tanpa pemandu dengan membawa penumpang pertama pada 2028.

Lapor Daily Mail, syarikat pembuat kereta Korea Selatan itu akan mengumumkan jenama baharu bagi projek tersebut.

Hyundai akan melancarkan syarikat baharu, Supernal yang beroperasi di Amerika Syarikat dan akan berusaha melancarkan perkhidmatan ride-hailing menggunakan kenderaan tersebut pada 2030.

Jun lalu, pemilik firma automatif itu menjelaskan kereta terbang akan menjadi ‘sebahagian dari masa depan’ dan membantu mengurangkan kesesakan jalan.

Syarikat itu akan membangunkan kenderaan udara elektrik yang berkemungkinan berdasarkan konsep S-A1 Hyundai yang pertama kali didedahkan tahun lalu.

Kenderaan elektrik itu dikenali sebagai eVTOL yang bermaksud ia adalah kenderaan berkuasa elektrik yang mampu berlepas dan mendarat secara menegak, menyerupai Harrier Jump Jet yang digunakan oleh RAF dari 1969 hingga 2010.

S-A1 akan menjadi kenderaan 100 peratus elektrik menggunakan sistem kawalan teragih dan memerlukan kira-kira lima hingga tujuh minit untuk mengecas semula semasa waktu puncak.

Sumber elektrik menggerakkan pemutar dan kipas di sekeliling kerangka udara bagi meningkatkan keselamatan dengan mengurangkan sebarang titik kegagalan.

S-A1 juga mempunyai beberapa pemutar yang lebih kecil bagi mengurangkan bunyi berbanding helikopter.

Kenderaan itu boleh terbang sejauh 96 kilometer dengan 304 hingga 609 meter di udara serta mempunyai kelajuan sehingga 180 kilometer per jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.