Suntikan dadah punca rempuhan di konsert Houston? - Utusan Malaysia

Suntikan dadah punca rempuhan di konsert Houston?

KETUA Polis Houston, Troy Finner memberi kenyataan dalam sidang akhbar di Hotel Wyndham, Houston, Texas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Polis giat menyiasat insiden rempuhan yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang maut ketika menyaksikan konsert penyanyi Travis Scott di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Houston, Troy Finner, insiden itu dipercayai berlaku selepas seorang daripada pengunjung konsert disuntik dengan dadah jenis opioid.

“Terdapat pihak yang bertanggungjawab menyuntik pengunjung dengan dadah sehingga menyebabkan kekecohan.

“Kami juga memperoleh laporan hospital yang merawat individu yang disuntik dengan dadah,” katanya.

Selain itu, Finner memberitahu, individu yang disuntik dengan dadah itu menjadi tidak terkawal dan mula melanggar orang ramai.

Individu itu juga dilaporkan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital sebelum berjaya diselamatkan.

“Individu itu dipercayai merupakan seorang daripada pengawal keselamatan di konsert tersebut,” ujarnya.

Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner sebelum itu mendedahkan kesemua mangsa yang meninggal dunia berusia antara 14 dan 27 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya