Serpihan angkasa lepas dikitar semula jadi bahan api roket - Utusan Malaysia

Serpihan angkasa lepas dikitar semula jadi bahan api roket

IMEJ yang dijana komputer menunjukkan objek yang boleh dikesan dalam orbit mengelilingi bumi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADELAIDE: Syarikat Neumann Space dari selatan Australia menyertai sebahagian daripada usaha antarabangsa untuk mengitar semula serpihan angkasa lepas berbahaya menjadi bahan api roket di angkasa.

Lapor The Guardian, orbit yang menjadi tempat kebergantungan bumi semakin tersumbat dengan serpihan dari kapal angkasa lama.

Satelit yang mati dan bahagian roket terpakai berpusing-pusing pada kelajuan 28,000 kilometer sejam, menimbulkan ancaman kepada satelit komunikasi dan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Kelajuan itu boleh menimbulkan risiko kepada kemudahan seperti ISS serta manusia di dalamnya walaupun hanya terkena skru kecil atau serpihan cat.

Syarikat itu membangunkan ‘sistem pendorong elektrik dalam angkasa’ yang boleh digunakan di orbit bumi rendah untuk melanjutkan misi kapal angkasa, memindahkan satelit atau menyahorbit.

Syarikat itu turut bekerjasama dengan tiga syarikat lain untuk menjadikan serpihan angkasa lepas menjadi bahan api sistem pendorong itu.

Minggu lalu, tindakan Rusia melepaskan peluru berpandu menyebabkan salah satu satelitnya musnah dan serpihan itu berterbangan di angkasa lepas.

Amerika Syarikat menjelaskan serpihan itu ‘mengancam kepentingan semua negara’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya