Seorang maut, 27 cedera gempa bumi di Iran - Utusan Malaysia

Seorang maut, 27 cedera gempa bumi di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Seorang maut manakala 27 yang lain cedera selepas gempa bumi skala Richter 6.3 melanda selatan Iran, semalam.

Lapor CNN, Timbalan Gabenor tempatan, Reza Modarres berkata, gempa bumi yang melanda sebahagian bandar pelabuhan, Bandar Abbas di wilayah Hormozgan menyebabkan bekalan eletrik terputus.

Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum itu melaporkan, gempa bumi turut melanda wilayah sama dengan 6.0 skala Richter dengan kedalaman 5.6 kilometer.

Ketua Pusat Seismologi Iran, Bayrom Nejad mengesahkan kejadian dua gempa bumi itu dan pusat gempa di Pulau Qeshm, Teluk Parsi.

Susulan itu, Presiden Iran, Ebrahim Raisi memerintahkan pihak berkuasa tempatan menjalankan usaha membantu dan menyelamat penduduk di kawasan itu.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menjejaskan loji nuklear di wilayah Bushehr.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN