Sembilan maut banjir di Sri Lanka, India - Utusan Malaysia

Sembilan maut banjir di Sri Lanka, India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sembilan orang maut dan dua hilang selepas banjir melanda Sri Lanka dan beberapa bahagian di selatan India yang disebabkan oleh hujan lebat sejak lebih seminggu lalu.

Hampir separuh daripada 25 daerah di Sri Lanka dilanda banjir dengan kawasan paling teruk terjejas di kawasan penanaman pokok teh.

Jurucakap pihak berkuasa Sri Lanka, Pradeep Kodippili berkata, lima orang dilaporkan terkorban dan dua hilang di seluruh negara ini sejak hujan lebat melanda pada penghujung Oktober.

Katanya, lebih banyak banjir dijangka berlaku susulan hujan lebat berterusan di bandar Jaffna.

Selain itu, empat lagi maut akibat hujan lebat di negeri Tamil Nadu.

Lebih 150 kem perlindungan dibangunkan untuk pengedaran makanan serta bantuan untuk mangsa yang dipindahkan daripada kediaman mereka.

Kebanyakan jalan utama di Chennai juga dinaiki air, menyebabkan sejumlah pokok tumbang dan menjejaskan trafik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN