Sebulan tak surut-surut, banjir di Sintang masih setinggi 1 meter - Utusan Malaysia

Sebulan tak surut-surut, banjir di Sintang masih setinggi 1 meter

BANJIR di Sintang sudah berlarutan selama sebulan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Banjir di Sintang, Kalimantan Barat menenggelamkan kawasan pemukiman selama lebih daripada sebulan dengan paras air di beberapa mukim masih agak tinggi.

CNN Indonesia melaporkan, Ketua Bahagian Kesiapsiagaan Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Sintang, Benyamin berkata, paras air yang menenggelamkan kawasan penempatan di sekitar Sungai Kapuas dan Melawai masih setinggi 1 hingga 4 meter.

Menurutnya, sehingga kini masih terdapat tujuh mukim di Sintang yang masih ditenggelami air termasuk Dedai, Kelam Permai, Binjai Hulu, Ketungau Hilir, Sempauk, Temunak, dan yang paling teruk ialah Daerah Sintang.

Tambah Benjamin, empat daripadanya diklasifikasikan sebagai teruk iaitu Daerah Dedai, Temunak, Sepauk, dan Sintang.

Sementara itu, banjir mula surut di beberapa kawasan.

Justeru, lebuh raya Melawi boleh dilalui kenderaan selepas sebelum ini laluan itu ditenggelami hampir setinggi 2 meter.

Berdasarkan laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), hingga semalam, sebanyak 18,997 warga Sintang masih terpaksa mendiami pusat pemindahan.

Selain itu, daripada 77 pencawang PLN yang terjejas, 27 daripadanya masih terputus.

Seramai 4,658 pelanggan tidak dapat bekalan elektrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya