fbpx

Remaja putus jari kaki digigit piranha

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan seorang mangsa dirawat akibat diserang ikan piranha. - EL LITORAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Seorang remaja putus jari kakinya dan kira-kira 30 orang lagi mengalami kecederaan akibat diserang ikan piranha ketika berenang di sebuah sungai di Argentina.

Lapor Daily Mail, remaja berusia 13 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan selepas kehilangan jari kaki kelingking dalam kejadian ngeri di Sungai Parana di Santa Fe.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa tempatan melarang orang ramai menghampiri kawasan sungai berkenaan.

Rakaman televisyen tempatan yang dilaporkan oleh El Litoral menunjukkan seorang mangsa menerima rawatan dengan balutan pada ibu jari kakinya.

Wakil kesatuan bagi anggota penyelamat pantai di kawasan itu, Sergio Berardi berkata, serangan ikan piranha itu disebabkan suhu yang tinggi dan paras air rendah.

“Kami banyak menekankan mengenai pentingnya untuk mematuhi amaran keselamatan, terutamanya kepada keluarga yang mempunyai anak-anak. Kini, lihatlah sendiri apa yang boleh dilakukan oleh piranha.

“Kesemua pengunjung diarahkan keluar segera dari sungai selepas anggota menyelamat menyedari insiden tersebut,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI