Remaja hidap Sindrom MDP, berat badan tak pernah naik - Utusan Malaysia

Remaja hidap Sindrom MDP, berat badan tak pernah naik

DYLAN Lombard menghidap sindrom MDP yang menghalang tisu lemak daripada disimpan di bawah kulit. – CATERS NEWS AGEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EDINBURGH: Seorang remaja berusia 18 tahun mendedahkan keadaan badannya yang tidak dapat menyimpan lemak kerana menghidapi sindrom yang sangat jarang di dunia.

Dylan Lombard dari Glasgow menghidap sindrom MDP atau dikenali sebagai Mandibular Hypoplasia, with Deafness and Progeroid Features yang menghalang tisu lemak daripada disimpan di bawah kulit.

Lapor Daily Mail, Lombard pada mulanya mengalami gejala MDP ketika berusia 18 bulan namun gagal didiagnosis selama 10 tahun selepas menghadiri rawatan susulan doktor.

“Membesar dengan sindrom MDP sememangnya agak sukar kerana ramai orang merenung, ketawa dan melayan saya secara berbeza.

“Namun, saya menjadi tabah dan tidak membiarkan keadaan itu memberi kesan kepada saya apabila semakin tua,” katanya.

Sindrom MDP turut mengakibatkan keadaan rahang bawah kecil, telinga pekak dan kulit menjadi tegang.

Sindrom yang sangat jarang berlaku dan kompleks itu, diketahui hanya sebilangan kecil orang di dunia menghidap MDP.

Lombard dan pesakit lain didapati mempunyai keabnormalan pada gen POLD1 yang menyebabkan enzim penting rosak dalam replikasi DNA.

“Setakat ini, hanya 13 individu di dunia termasuk saya menghidap sindrom MDP,” katanya.

Lombard kini giat menyebarkan kesedaran mengenai sindrom MDP dan kisah hidupnya mengalami masalah kesihatan itu kepada orang ramai dengan menggunakan platform media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya