Polis tembak mati 25 perompak bank di Brazil - Utusan Malaysia

Polis tembak mati 25 perompak bank di Brazil

SEBAHAGIAN daripada senjata api yang dirampas pihak berkuasa Brazil dalam operasi membanteras kumpulan perompak di Varginha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Sekurang-kurangnya 25 anggota kumpulan bersenjata yang dipercayai cuba merompak sebuah bank ditembak mati oleh polis dalam satu operasi di Minas Gerais.

Pihak berkuasa Brazil memaklumkan, insiden itu tidak menyebabkan kecederaan dalam kalangan anggota polis.

Operasi yang disertai kira-kira 50 anggota polis itu dilakukan berhampiran bandar Varginha.

Polis menyerbu dua ladang yang menjadi markas kumpulan penjenayah yang mempunyai ‘kepakaran dalam merompak bank dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM)’.

Kumpulan itu dipercayai merancang untuk merompak beberapa cawangan bank tempatan.

Seramai 18 suspek terbunuh di ladang pertama dan tujuh lagi maut di ladang kedua.

Kesemua identiti suspek belum didedahkan.

Jurucakap polis, Layla Brunnela berkata, operasi itu mungkin paling besar pernah dilakukan di Brazil.

“Pasukan keselamatan melepaskan tembakan sebagai langkah perlindungan memandangkan kesemua anggota kumpulan itu mempunyai senjata api.

“Kumpulan penjenayah itu tidak menyangka rancangan jahat mereka dapat dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, sejumlah senjata api termasuk raifal dan bom tangan serta beberapa kenderaan turut dirampas.

Polis memberitahu, kumpulan penjenayah itu sering membakar kenderaan yang dicuri bagi menghalang laluan selepas melakukan rompakan.

Pada Ogos lalu, satu kumpulan penjenayah menggunakan orang awam sebagai perisai manusia ketika melakukan rompakan di sebuah bank di bandar Aracatuba, Sao Paulo.

Insiden itu menyebabkan tiga orang maut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.