Polis Indonesia rampas 35kg syabu bernilai RM15.5 juta - Utusan Malaysia

Polis Indonesia rampas 35kg syabu bernilai RM15.5 juta

KETUA Polis Metro Jakarta Pusat, Hengki Hariyadi bercakap kepada media mengenai rampasan syabu seberat 35 kilogram. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Metro Jakarta Pusat merampas kira-kira 35 kilogram dadah jenis syabu daripada seorang pengedar di Cirebon, Jawa Barat dalam satu operasi semalam.

Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Hengki Hariyadi berkata, kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai 53 bilion rupiah (RM15.5 juta).

“Jumlah dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh menyelamatkan kira-kira 250,000 nyawa di seluruh Indonesia.

“Namun, polis belum dapat menahan suspek kerana dia sempat melarikan dan melanggar seorang anggota ketika operasi dijalankan,” katanya.

Jelas Hengki, polis melakukan buruan secara besar-besaran bagi menahan suspek.

Katanya, anggota polis yang cedera dilanggar kini dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan parah.

“Kami membentuk satu pasukan khas untuk mengesan dan menangkap suspek yang kini masih bebas.

“Pasukan itu merupakan gabungan anggota dari siasatan jenayah dan narkotik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN