Pentagon tubuh pasukan khas siasat UFO - Utusan Malaysia

Pentagon tubuh pasukan khas siasat UFO

GAMBAR hiasan - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penemuan objek tidak dikenal pasti (UFO) berhampiran kawasan tentera yang sensitif.

Pengumuman itu dibuat selepas sebuah laporan penting kerajaan yang didedahkan pada Jun lalu, mendapati kekurangan maklumat yang mencukupi dalam data untuk menentukan sifat objek terbang misteri selama dua dekad lalu.

Lapor Metro, pasukan yang dinamakan Airborne Object Identification and Management Synchronization Group akan menyiasat laporan fenomena udara tidak dikenali (UAP) berhampiran kem tentera AS.

UAP merupakan istilah digunakan dalam tentera bagi objek tidak dikenal pasti (UFO).

Pasukan itu akan diselia oleh Setiausaha Pertahanan untuk Perisikan, Pengarah Staf Bersama dan pegawai dari Pejabatan Pengarah Perisikan Negara.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Kathleen Hicks berkata, kehadiran UAP di kawasan tentera yang sensitif berpotensi mencetuskan risiko bahaya kepada kru pesawat udara dan kebimbangan mengenai keselamatan negara.

“Sebarang pencerobohan objek pada Ruang Udara Kegunaan Khas (SUA) boleh menjejaskan keselamatan operasi penerbangan pesawat dan mungkin memberi cabaran kepada keselamatan negara,” jelas Pentagon.

SUA merujuk kepada lingkungan ruang udara tentera terkawal, kawasan operasi ketenteraan, tempat menembak dan kawasan dihadkan untuk keselamatan negara dan kegunaan lain.

Jelas Pentagon, pasukan khas itu akan menggantikan Pasukan Petugas Fenomena Udara Tidak Dikenali (UAPTF) dibawah Tentera Laut AS.

“Pasukan baharu ini akan berusaha untuk mengesan, mengenal pasti dan mengaitkan objek serta menilai dan mengurangkan sebarang ancaman berkaitan,” jelas Pentagon.

Pada Jun lalu, pegawai perisikan AS membentangkan laporan kepada Kongres yang antara lain mendedahkan penilaian pertama UAP yang tidak dirahsiakan.

Disusun oleh UAPTF, laporan berkenaan gagal menjelaskan mengenai 144 penampakan UFO dengan menyatakan 18 daripada jumlah itu menunjukkan pergerakan atau ciri penerbangan luar biasa menggunakan teknologi canggih.

Laporan itu menyimpulkan masih terdapat banyak penampakan UAP yang berkemungkinan tiada sebarang penjelasan khusus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.