Penjual mi disiasat polis kerana tiru aksi Salt Bae tabur garam - Utusan Malaysia

Penjual mi disiasat polis kerana tiru aksi Salt Bae tabur garam

PENJUAL mi daging (kanan) meniru Salt Bae yang terkenal dengan aksinya menabur garam atas hidangan stik. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Seorang penjual mi daging lembu yang merakamkan dirinya meniru aksi chef selebriti Turki, Salt Bae, dipanggil oleh pihak polis di Vietnam untuk memberikan keterangan. 

Lapor Daily Mail, rakaman yang dimuat naik dalam talian menunjukkan Bui Tuan Lam meniru aksi Salt Bae dengan menghiris daging lembu rebus dan menabur bawang hijau ke dalam mangkuk mi sup.    

Lelaki berusia 38 tahun dari bandar Danang menafikan cuba menyindir sesiapa dan jelasnya rakaman video itu hanya bertujuan sebagai iklan yang ‘menghiburkan’.

“Video yang saya buat hanya untuk keseronokan dan bertujuan untuk mempromosikan warung mi daging. Perkara itu terbukti benar apabila lebih ramai pelanggan datang sejak saya muat naik video itu,” katanya.

Lelaki itu dipanggil beberapa hari selepas rakaman video mengenai Menteri Keselamatan Awam, To Lam dilihat disuap dengan hidangan stik yang dibalut dengan daun emas di restoran mewah Nusr-Et Steakhouse di Knightsbridge, London. 

Video itu mengundang kemarahan warga maya kerana pemimpin politik tidak peka dengan keadaan Vietnam yang terpaksa bergelut dengan kemerosotan ekonomi selepas gelombang Covid-19 melanda. 

Sebelum ini, Lam pernah mengkritik pihak berkuasa dalam Facebook dan menjelaskan dia ‘meninggikan suara untuk masyarakat yang lebih baik’. 

Polis di Vietnam kerap memanggil aktivis dan orang ramai yang mengkritik Parti Komunis yang memerintah negara untuk disoal siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya