Pelajar menang loteri RM3.08 juta selepas divaksin - Utusan Malaysia

Pelajar menang loteri RM3.08 juta selepas divaksin

JOANNE Zhu memenangi wang bernilai 1 juta dolar Australia (RM3.08 juta). - 7NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang pelajar menjadi jutawan sekelip mata selepas memenangi loteri berupa wang tunai bernilai 1 juta dolar Australia (RM3.08 juta) dalam satu kempen pemberian ganjaran bagi individu yang mengambil suntikan vaksin Covid-19 lengkap.

Lapor portal 7News, Joanne Zhu dari New South Wales diumumkan sebagai pemenang hadiah utama bagi program Million Dollar Vax.

Program itu menawarkan ganjaran sehingga sejuta dolar Australia (RM3.08 juta) kepada mana-mana warga yang menerima suntikan vaksin Covid-19 lengkap di negara itu.

Pelajar berusia 25 tahun itu merupakan antara 2,744,974 warga Australia yang mendaftar untuk kempen tersebut.

Menurut Zhu, dia berasa amat gembira dan tidak menyangka akan memenangi hadiah utama dalam kempen pemberian ganjaran itu.

“Saya berasa seolah-olah bermimpi selepas diumumkan sebagai pemenang program itu,” katanya.

Zhu berkata, dia bercadang untuk membelanjakan sebahagian besar wang yang dimenangi itu untuk keluarganya.

“Saya mahu mengembara bersama keluarga saya ke luar negara dengan penerbangan kelas pertama dan tinggal di hotel lima bintang selepas sempadan dibuka,” katanya.

Kempen itu ditubuhkan oleh sekumpulan dermawan dan syarikat yang dikenali sebagai Million Dollar Vax Alliance, dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi penduduk Australia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya