New Zealand rancang kenakan perintah berkurung di wilayah utara - Utusan Malaysia

New Zealand rancang kenakan perintah berkurung di wilayah utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Pihak berkuasa merancang untuk mengenakan perintah berkurung dengan kawalan polis di utara New Zealand, ketika sekatan di wilayah itu dikuatkuasakan susulan penularan kes Covid-19 yang tidak dapat dikesan.

Sebahagian daripada wilayah Northland yang terletak kira-kira 270 kilometer dari bandar raya Auckland akan memulakan perintah berkurung fasa tiga dalam tempoh terdekat.

Langkah itu diambil susulan dua kes jangkitan direkodkan di wilayah tersebut, yang tidak dapat dikesan dengan mana-mana kes tempatan atau import.

Menteri Penyelaras Tindakan Covid-19, Chris Hipkins berkata, pihak berkuasa kesihatan masih menyisat bagaimana kes jangkitan itu boleh berlaku.

“Kemungkinan berlaku penularan kes jangkitan yang tidak dapat dikesan di wilayah tersebut,” katanya.

Kabinet New Zealand semalam meneliti keputusan untuk mengenakan perintah berkurung di kawasan tersebut yang merekodkan kadar vaksinasi paling rendah di seluruh negara.

Hanya 64 peratus penduduk di utara New Zealand sudah menerima vaksinasi lengkap. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.