Masalah mental dalam golongan bujang di Singapura semakin serius - Utusan Malaysia

Masalah mental dalam golongan bujang di Singapura semakin serius

GOLONGAN bujang di Singapura mendakwa pandemik Covid-19 menyukarkan mereka cari pasangan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Satu tinjauan mendapati dua daripada lima atau 40 peratus golongan bujang di Singapura mengakui masalah mental yang dihadapi mereka pada tahun ini semakin buruk.

Dalam peratusan itu, dua per tiga daripadanya memaklumkan mereka berasa kesunyian, tertekan dan rasa terasing akibat terkurung.

Tinjauan yang dilakukan oleh firma mencari jodoh, Lunch Actually itu juga mendapati golongan bujan yang lebih berusia merasakan kesihatan mental mereka lebih terkesan berbanding orang bujang yang muda.

Golongan wanita bujang turut mendakwa mereka lebih terjejas berbanding kaum lelaki dan pandemik Covid-19 dikatakan menjadi antara faktor utama kepada permasalahan tersebut.

Tinjauan itu melibatkan 500 orang bujang di republik ini dengan tujuan memberikan gambaran tentang matlamat serta pengalaman mereka dalam mencari pasangan dan kesihatan mental mereka pada tahun ini.

Kaji selidik itu dilakukan selama dua minggu antara Oktober dan November melalui emel dan hantaran di media sosial.

Tiga sebab utama yang diberikan responden untuk menggambarkan kesihatan mental mereka semakin buruk termasuk tidak boleh keluar secara bebas akibat sekatan Covid-19, rasa terasing dan kelesuan susulan peningkatan kes Covid-19.

Selain itu, hampir 60 peratus responden mengakui  mereka sukar mencari pasangan hidup yang boleh menyayangi atau memahami mereka, selain tidak yakin dengan diri.

Pandemik Covid-19 juga menyebabkan golongan bujang di republik ini sukar untuk keluar janji temu, malah 20 peratus daripadanya berputus asa untuk melakukan hal tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya