'Malaysia, tunggu kepulangan kami' - Utusan Malaysia

‘Malaysia, tunggu kepulangan kami’

FARRAH Diyana bersama dua anaknya yang kini tinggal di Johor bersama ibunya. - FARRAH DIYANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Keputusan kerajaan Malaysia dan Singapura untuk memulakan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara melalui udara menggunakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) menjadi perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia di sini.

Farrah Diyana sudah tidak bertemu dengan dua anaknya sejak lebih setahun lalu dan hanya menyaksikan perkembangan mereka menerusi telefon bimbit.

“Saya mulanya bercadang untuk pulang ke Johor pada Mac tahun depan, namun selepas VTL dilaksana hujung bulan ini, kenapa saya perlu tunggu lebih lama untuk berjumpa anak-anak?

“Walaupun saya perlu terbang dahulu ke Kuala Lumpur dan kemudian menaiki bas ke Johor Bahru, saya sanggup asalkan dapat berjumpa keluarga,” katanya.

Jelas wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai eksekutif pembangunan perniagaan itu, dia sudah ‘ketinggalan banyak’ dalam menyaksikan perkembangan anak-anaknya dan tidak mahu perkara itu terus berlaku.

“Saya juga bercadang untuk membawa anak-anak serta keluarga berpindah ke Singapura pada tahun depan,” ujarnya.

Malaysia dan Singapura sebelum ini bersetuju melaksanakan VTL melalui udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 29 November ini.

Bagi Max Leong pula, peluang itu akan digunakan sebaik mungkin untuk dia mendirikan rumah tangga dengan wanita idamannya.

Katanya, sudah lama dia terpisah dengan tunangnya dan mereka sepatutnya berkahwin pada tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.

“Selepas saya pulang ke Malaysia, kami akan mendaftarkan perkahwinan dan melansungkan majlis, selain saya juga berharap dapat meluangkan masa lebih lama bersama keluarga sehingga Tahun Baharu Cina,” ujarnya.

Namun, timbul kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia di republik ini apabila mereka tidak pasti apakah syarat atau terma yang perlu dipatuhi untuk membolehkan mereka pulang.

Selain itu, mereka juga bimbang jika perlu menunggu lebih lama memandangkan jumlah penerbangan yang terhada iaitu hanya enam penerbangan sehari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya