Malala Yousafzai kini graduan Universiti Oxford - Utusan Malaysia

Malala Yousafzai kini graduan Universiti Oxford

MALALA Yousafzai bersama ibu dan bapanya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi di Universiti Oxford.

Kejayaan itu dicapai Malala sembilan tahun selepas dia ditembak pada kepala oleh Taliban selepas berkempen memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan di Pakistan.

Momen manis itu dikongsikan oleh gadis berusia 24 tahun tersebut menerusi akaun Instagramnya.

Malala sepatutnya menghadiri majlis graduasi pada Mei 2020, namun ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Malala dilihat mengenakan jubah graduasi sambil ditemani ibu bapanya dan suaminya, Asser Malik.

Hantaran itu mendapat 60,000 likes dan ribuan mesej ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Suaminya turut mengucapkan tahniah kepada Malala menerusi ciapan Twitter.

Gadis itu ditembak oleh Taliban ketika dia berusia 15 tahun.

Malala bernasib baik kerana terselamat dalam serangan tersebut dan dia menjadi penerima Hadiah Nobel termuda di dunia apabila mendapat pengiktirafan itu pada usia 17 tahun.

Semangat perjuangan Malala untuk memperkasa hak pendidikan dalam kalangan kanak-kanak perempuan tidak pernah luntur sehingga kini dengan menjadikan bapanya yang merupakan seorang guru sebagai inspirasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya