Lima maut, 48 cedera bas terbalik di Brazil - Utusan Malaysia

Lima maut, 48 cedera bas terbalik di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya lima penumpang maut dan 48 lagi cedera apabila sebuah bas dinaiki mereka terbalik di kawasan pergunungan di Sao Paulo, selatan Brazil.

Jabatan Bomba Sao Paulo mengesahkan kejadian itu.

Lapor Xinhua, bas itu dalam perjalanan dari bandar Sao Paulo ke sebuah pusat peranginan di Rio de Janeiro.

Kemalangan itu berlaku di salah sebuah selekoh paling berbahaya di Lebuhraya Oswaldo Cruz, kawasan pergunungan Sao Luiz do Paraitinga.

Dilaporkan, jumlah kenderaan di jalan raya semakin meningkat bermula pada hujung minggu ketika sekatan Covid-19 dilonggarkan berikutan kes jangkitan berkurangan.

“Ketika ini, kami tidak dapat menyatakan punca kemalangan itu,” jelas syarikat bas dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh rangkaian GloboNews. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.