fbpx

Lelaki sawan akibat cacing pita hidup dalam otak

CACING pita boleh membesar sehingga lapan meter dan bergerak dalam badan manusia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki berusia 38 tahun yang dilaporkan sihat sebelum ini menghidap penyakit sawan akibat cacing pita yang hidup selama 20 tahun di dalam otaknya.

Lapor Daily Star, pada suatu hari lelaki itu terjatuh dari katil dan mengalami sawan sebelum dikejarkan ke Massachusetts General Hospital.

Doktor melihat lelaki itu mengalami sawan tonik-klonik selama dua minit yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Pakar perubatan terpaksa melakukan siasatan dengan beberapa ujian dan temu bual dengan ahli keluarga.

Namun, mereka mendapati lelaki itu sihat sepenuhnya dan tidak mempunyai sejarah penyakit sawan atau sebarang gangguan kardiovaskular, pernafasan atau neurologi.

Satu-satunya tanda kemungkinan diagnosis adalah lelaki itu pernah berhijrah ke Boston dari kawasan luar bandar Guatemala, 20 tahun lalu.

Kajian oleh CDC menjelaskan penyakit yang dihidapi lelaki itu berkaitan dengan cacing pita dari Afrika, Asia dan Amerika Latin yang menyebabkan sawan serta boleh membawa kematian.

Apabila imbasan tomografi berkomputer (CT scan) dilakukan di bahagian kepalanya, doktor mendiagnosis neurocysticercosis iaitu penyakit neurologi yang terjadi ketika jenis cacing pita parasit tertentu menyerang sistem saraf pusat.

Cacing itu didapati telah bergerak ke pelbagai bahagian otaknya sejak beberapa tahun lalu.

Cacing itu boleh membesar sepanjang dua hingga lapan meter serta menembusi dinding usus dan bergerak dalam badan manusia.

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI