BANDA ACEH: Seorang lelaki bersama seorang wanita dari Aceh Barat Daya, masing-masing dihukum 17 sebatan, kerana melakukan perbuatan lucah di sebuah hotel di Peunayong, Banda Aceh, dua bulan lalu.
Serambi News melaporkan, lelaki berusia 21 tahun itu dari Pidie dan wanita yang berusia 23 tahun ditahan atas dakwaan terlibat pelacuran dalam talian melalui platform media sosial atau dikenali sebagai ‘Open BO Girls’.
Lelaki itu merupakan pelanggan yang menawarkan bayaran 1.5 juta rupiah.
Selepas keputusan hakim, Pejabat Peguam Daerah Banda Aceh melaksanakan hukuman sebat terhadap kedua-dua mereka.
Mereka didakwa melanggar Qanun Aceh No. 6 Tahun 2014 mengenai undang-undang Jinayat.
Kedua-duanya dijatuhi hukuman 17 sebatan setiap seorang.










