Lelaki 'hidup semula' selepas semalaman dimasukkan ke bilik mayat - Utusan Malaysia

Lelaki ‘hidup semula’ selepas semalaman dimasukkan ke bilik mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan sudah disahkan meninggal dunia rupanya masih hidup, selepas semalaman dimasukkan ke dalam bilik mayat.

Srikesh Kumar, 45, dibawa ke sebuah klinik dalam keadaan kritikal selepas dilanggar motosikal di Moradabad di timur News Delhi.

Dia disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di klinik tersebut dan ‘mayatnya’ dipindahkan ke hospital kerajaan untuk dibedah siasat.

Polis dimaklumkan mayat Kumar disimpan dalam peti di bilik mayat sehingga keluarganya tiba di hospital berkenaan enam jam kemudian.

Jurucakap hospital, Dr. Shiv Singh berkata, pegawai perubatan sudah beberapa kali memeriksa Kumar dan mengesahkan dia memang sudah meninggal dunia kerana tiada degupan jantung.

Namun, apabila pasukan polis dan keluarganya datang ke bilik mayat untuk mengenal pasti identiti dan menandatangani dokumen bedah siasat, Kumar didapati masih hidup.

Keadaan itu disedari oleh kakak ipar Kumar dan dia terus memaklumkan kepada doktor.

“Dia belum mati. Bagaimana ini boleh berlaku? Tidakkah anda nampak dia masih hidup dan bernafas? Soal kakak iparnya.

Singh menyifatkan insiden itu ‘sangat jarang berlaku’ dan meminta pihak berkaitan melakukan siasatan untuk mengenal pasti perkara sebenar.

Sementara itu, keadaan KUmar masih kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital di Meerut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya