Kucing lahir dengan empat telinga - Utusan Malaysia

Kucing lahir dengan empat telinga

ANAK kucing bernama Midas mencuri tumpuan dalam Instagram kerana memiliki dua pasang telinga. - INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Seekor kucing mencuri tumpuan dalam Instagram kerana memiliki dua pasang telinga. 

Lapor Daily Mail, anak kucing bernama Midas itu sudah mempunyai 19,300 pengikut dalam media sosial berkenaan sejak akaun rasminya dibuka tiga minggu lalu. 

Pemilik haiwan itu, Canis Dosemeci berkata, kucing yang berusia empat bulan itu mempunyai empat telinga akibat mutasi genetik.

Katanya, Midas mempunyai sepasang telinga normal dan sepasang lagi telinga yang lebih kecil. 

“Kucing saya sihat tetapi akan menjalani pemeriksaan lanjut dalam beberapa bulan untuk memastikan tiada mutasi genetik lain dikesan dalam badannya.

“Midas merupakan seekor kucing yang sangat mesra dan suka bermain. Ia tidur sepanjang hari dan berjaga sepanjang malam,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya