Individu yang tolak vaksin perlu tanggung sendiri bil rawatan hospital - Utusan Malaysia

Individu yang tolak vaksin perlu tanggung sendiri bil rawatan hospital

PEMANDANGAN Hospital Tan Tock Seng di Singapura.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bermula 8 Disember depan, semua pesakit Covid-19 yang belum menerima suntikan vaksin ‘dengan pilihan sendiri’ perlu membayar bil perubatan sendiri sekiranya dimasukkan di hospital atau di fasiliti rawatan wabak itu.

Lapor Channel News Asia, pihak kerajaan menanggung bil perubatan sepenuhnya kepada semua penduduk Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka masa panjang serta individu yang disahkan positif sejurus pulang dari luar negara.

Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan undang-undang baharu itu akan dilaksanakan kepada semua pesakit Covid-19 yang layak menerima vaksin, namun memilih untuk tidak divaksinkan.

“Dalam masa sekarang, individu yang belum menerima suntikan vaksin adalah majoriti yang ditahan di unit rawatan rapi dan secara tidak langsung menyumbang kepada tekanan sumber penjagaan kesihatan negara,” katanya.

Menurut MOH, kerajaan juga masih menanggung bil perubatan bagi individu yang sudah menerima suntikan vaksin pertama sehingga 31 Disember depan, supaya mereka mempunyai masa secukupnya untuk menerima suntikan vaksin sepenuhnya.

Selain itu, jelasnya, pihak kerajaan turut menanggung bil perubatan Covid-19 sepenuhnya bagi individu yang tidak layak menerima suntikan vaksin termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Justeru, bermula 1 Januari tahun depan, hanya rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang sudah lengkap divaksin dan belum pernah mengunjungi negara luar akan ditanggung bil perubatan akibat wabak sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya