India tahan aktivis hak asasi warga Kashmir terkemuka - Utusan Malaysia

India tahan aktivis hak asasi warga Kashmir terkemuka

KHURRAM Parvez
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Agensi penguatkuasa India dilaporkan menahan seorang aktivis hak asasi warga Kashmir yang terkemuka di bawah undang-undang anti-keganasan negara itu.

Penahanan Khurram Parvez dibawah undang-undang tersebut menjadikannya hampir mustahil untuk dibenarkan diikat jamin.

Lapor BBC, Khurram didakwa membiayai aktiviti keganasan dan melakukan konspirasi.

Semalam, Agensi Siasatan Kebangsaan (NIA) menahan Khurram selepas melakukan serbuan di rumah dan pejabatnya di wilayah Kashmir yang ditadbir India.

Pasukan penyiasat NIA pada mulanya membawa Khurram untuk disoal siasat dan menahannya pada sebelah petang.

Polis mendakwa Khurram dibawah pelbagai seksyen Akta Pencegahan Aktiviti Haram.

Ia termasuk konspirasi jenayah, percubaan melancarkan perang terhadap kerajaan serta mengumpul dana bagi aktiviti dan organisasi pengganas.

Penahanan Khurram mencetuskan kemarahan di peringkat global ditengah-tengah gesaan aktivis itu dibebaskan.

Beberapa aktivis menyifatkan penahanan Khurram sebagai satu percubaan untuk `mendiamkan dan menghukum pembela hak asasi manusia’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN