Imam Besar al-Azhar tolak penggabungan agama - Utusan Malaysia

Imam Besar al-Azhar tolak penggabungan agama

SHEIKH AHMED AL-TAYYEB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed Al-Tayyeb menolak seruan penggabungan agama dalam sebuah kepercayaan yang disebut sebagai Abrahamisme.

Beliau menilai seruan itu bertentangan dengan nilai kebebasan berkeyakinan.

Seruan itu, jelasnya, berusaha menggabungkan fahaman Yudaisme, Kristian dan Islam dalam satu agama dengan nama agama Abraham.

“Seruan ini mirip dengan seruan globalisasi yang muncul untuk mempromosikan kebersamaan dan kesatuan antara manusia,” katanya seperti dilaporkan Gulf News.

Sheikh Ahmed yang merupakan seorang aktivis dialog antara agama menilai seruan penggabungan agama itu merampas kebebasan beragama antara manusia.

Jelasnya, pegangan agama samawi juga adalah mustahil untuk manusia bersetuju dengan satu agama memandangkan perbezaan masyarakat seperti warna kulit, fahaman, pemikiran, bahasa dan cap jari.

“Semua ini adalah fakta sejarah dan saintifik serta fakta yang disahkan oleh al-Quran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN