Ikan jerung ditemukan hidup di Sungai Thames - Utusan Malaysia

Ikan jerung ditemukan hidup di Sungai Thames

IKAN jerung ditemukan hidup dan membiak di Sungai Thames. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Spesies ikan jerung berbahaya ditemukan hidup dan membiak di Sungai Thames.

Penemuan haiwan ganas itu dilaporkan kira-kira 64 tahun selepas sungai tersebut diisytiharkan ‘mati secara biologi’.

Lapor Daily Star, pemeriksaan pertama dilakukan di Sungai Thames sejak tempoh itu mendedahkan spesies jerung Spurdog hidup di sungai berkenaan.  

Pemeriksaan itu turut mendapati kuda laut, tiram dan anjing laut hidup di sungai tersebut. 

Spurdog berenang secara berkumpulan dan mempunyai dua sirip yang melepaskan cecair berbisa.

“Cecair ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan bengkak teruk kepada manusia,” jelas laporan itu.

Menurut Persatuan Zoologi London (ZSL) Sungai Thames kini dipenuhi dengan pelbagai kehidupan haiwan yang menyokong lebih 115 spesies ikan dan 92 spesies burung di kawasan seluas 600 hektar.

Spesies jerung Tope, Starry Smoothhound dan Spurdog menggunakan sungai tersebut sebagai tapak untuk membiak di teluk dan muara yang cetek.   

Dilaporkan, spesies belut yang terancam juga muncul semula di sungai tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya