Ibu dengan empat anak antara mangsa lemas di Selat Inggeris - Utusan Malaysia

Ibu dengan empat anak antara mangsa lemas di Selat Inggeris

KAZHAL dan anak-anaknya dikhuatiri menjadi antara 27 mangsa tragegi bot karam di Selat Inggeris. - NICK EDWARDS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang ibu dan empat orang anaknya yang dipercayai maut dalam tragedi bot karam di Selat Inggeris, pernah menceritakan mengenai impian mereka untuk memulakan kehidupan baharu di United Kingdom (UK).

Kazhal Rzgar, 46, dan anak perempuannya, Hadya, 22, Hasta, 7, serta anak lelakinya, Twana, 19, dan Mubin, 16,  menceritakan kisah itu seminggu sebelum kejadian tersebut. 

Mereka yang merupakan warga Kurdish dikhuatiri menjadi antara 27 mangsa lemas dalam kejadian bot karam pada Rabu lalu.  

MailOnline menemui keluarga itu pada 17 November lalu ketika mereka mengemas selimut, baju panas dan peralatan memasak di bekas kem perlindungan sementara di Dunkirk yang kini sudah ditutup polis Perancis.

MailOnline turut merakam gambar Hasta pada 16 November lalu ketika dia teruja memakai jaket keselamatan berwarna jingga terang dengan harapan boleh mendapat tempat di bot.

Keluarga Kazhal merupakan antara ratusan pendatang yang ditolak peluang untuk menuntut suaka di Perancis.

Kazhal dan anak-anaknya memulakan perjalanan mereka lima bulan lalu selepas meninggalkan suaminya, Rezgar di kawasan pentadbiran Kurdish di Iraq agar dia boleh menyertai keluarganya kemudian.

Keluarga itu membayar penyeludup untuk membawa mereka dari Darbandikhan ke Turki dan kemudian menaiki bot ke Itali.

Keluarga itu kemudian dibawa melalui Perancis dan Itali dengan menaiki lori sebelum tiba hampir empat minggu lalu di kem pendatang di Grand-Synthe berhampiran Dunkirk.

Mereka hidup sebahagian besar dengan pemberian makanan daripada beberapa badan kebajikan yang membuat lawatan ke kem itu sehingga ditutup oleh polis Perancis pada 16 November lalu.

“Keluarga saya tinggal di sini kerana kami mahu datang ke England. Kami rasa ia merupakan negara bagus yang mana anda boleh mendapat pekerjaan, pergi ke sekolah dan menikmati cuaca yang baik.

“Ibu saya tidak suka Perancis kerana bahasanya amat sukar. Inggeris lebih mudah dan kami juga mempunyai keluarga di Birmingham,” kata Mubin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya