Hospital Jepun tidak sengaja guna air tandas sebagai sumber minuman - Utusan Malaysia

Hospital Jepun tidak sengaja guna air tandas sebagai sumber minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah hospital di Jepun secara tidak sengaja menggunakan air tandas sebagai sumber minuman selama 30 tahun selepas sistem paip disambungkan secara salah.

Kesilapan itu dikesan di Hospital Universiti Osaka di Suita pada bulan lalu selepas beberapa paip air ditemukan bersambung dengan tandas.

Pada 20 Oktober lalu, hospital itu mengumumkan sejumlah paip airnya disambung secara salah.

Namun, hasil pemeriksaan lanjut, kira-kira 120 paip air disambung secara salah dan keadaan itu sudah berlarutan selama 30 tahun sejak hospital itu dibuka pada 1993.

Petugas dan pesakit di hospital berkenaan sudah menggunakan air tandas untuk minum, mencuci tangan dan berkumur-kumur tanpa mengetahui sumbernya.

Masalah itu tidak disedari sehinggalah pengurusan hospital memulakan pembinaan loji rawatan air yang baharu.

Sehubungan itu, pihak pengurusan hospital akan melakukan siasatan menyeluruh dan membaiki semua sistem paip yang disambung secara salah.

Hospital itu dilaporkan memeriksa warna, bau dan rasa air yang digunakan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan tidak menemukan sebarang masalah sejak 2014.

Sementara itu, naib presiden hospital tersebut, Kazuhiko Nakatani memohon maaf atas perkara yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya