Harga lauk kari di UK meningkat - Utusan Malaysia

Harga lauk kari di UK meningkat

HARGA makanan India bakal menjadi mahal disebabkan kenaikan harga rempah ratus. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pihak industri memberi amaran kos bagi hidangan masakan kari bakal meningkat di United Kingdom (UK) disebabkan harga rempah ratus secara borong melambung tinggi.

Lapor Daily Mail, pembekal barangan rempah ratus merancang untuk menaikkan harga sebanyak 50 peratus terhadap pelbagai rempah ratus termasuk ketumbar dan jintan manis yang digunakan dalam masakan India.

Menurut syarikat memproses dan menjual makanan, kos bawang putih dan halia juga meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam bulan lalu.

Jelas syarikat itu, harga bahan-bahan lain seperti bayam, lada hijau dan cili juga sudah meningkat sebanyak 25 peratus.

Selain itu, beberapa pemilik restoran India memaklumkan kenaikan kos gaji pekerja disebabkan kekurangan tukang masak serta bil utiliti dan kos pengangkutan yang semakin meningkat juga menjejaskan keuntungan restoran terbabit.

Hal ini bermakna harga bagi hidangan masakan India yang popular seperti ayam tikka masala, ayam masak mentega dan saag aloo akan menjadi mahal disebabkan kenaikan harga rempah ratus.

Seorang pemilik restoran, Yawar Khan berkata, harga boleh meningkat sebanyak satu pound (RM5.63) bagi setiap hidangan makanan.

Yawar yang juga merupakan Pengerusi Persekutuan Katering Asia (ACF) mengakui kebanyakan barang makanan mengalami peningkatan harga yang ketara.

“Harga naik bagi beberapa barang seperti minyak masak. Sebelum ini, kami hanya membayar sebanyak 19 pound (RM106.98) untuk tong dram seberat 20 liter, tetapi kini ia berharga 24 pound (RM135.14).

“Rempah ratus biasanya berharga sekitar 5 pound (RM28.15) per kilogram, namun kini meningkat kepada 6.50 pound (RM36.59).

“Harga daging kambing juga meningkat sebanyak 20 peratus, manakala ayam pula kira-kira 20 hingga 25 peratus,” katanya.

Tambah Yawar, sebahagian besar restoran India di UK juga mengalami kekurangan tukang masak dan pekerja mahir lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya