fbpx

26 Januari 2022, 6:17 am

  TERKINI

Gambar kerosakan kapal Ever Given tular, perlukan baik pulih menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kapal MV Ever Given mengalami kerosakan teruk selepas tersekat di Terusan Suez pada Mac lalu.

Perkara itu didedahkan menerusi beberapa imej yang tular dalam media sosial yang menunjukkan bahagian bawah kapal (bulbous bow) mengalami kerosakan teruk dan dalam proses baik pulih.

Pakar akademi, Dr. Salvatore berkata, kerosakan yang dialami oleh Ever Given amat teruk dan memerlukan proses baik pulih menyeluruh.

“Bahagian bow kapal itu perlu diganti sepenuhnya kerana sudah rosak teruk,” katanya kepada Business Insider.

Selain itu, lebih sejuta kaki kubik pasir dan lumpur turut dikeluarkan dari kapal terbabit.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter turut memuat naik gambar menunjukkan perbandingan bahagian bawah kapal Ever Given yang rosak dengan keadaan asal sebelum ini.

MV Ever Given tersekat dalam kedudukan mengiring selepas dibadai ribut pada 23 Mac lalu, sehingga menghalang laluan perdagangan selama enam hari sebelum operasi dijalankan dapat melepaskan kapal kontena tersebut.

Pada Julai lalu, Ever Given dilepaskan dari Mesir dan berdasarkan Lembaga Terusan Suez, Mesir kehilangan antara AS$12 juta (RM49.9 juta) dan AS$15 juta (RM62.38 juta) pendapatan harian sepanjang enam hari berkenaan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI