Era pimpinan Angela Merkel bakal berakhir selepas 16 tahun - Utusan Malaysia

Era pimpinan Angela Merkel bakal berakhir selepas 16 tahun

Dari kiri, pemimpin Greens, Annalena Baerbock, Robert Habeck, pemimpin SPD, Olaf Scholz, pemimpin FDP, Christian Lidner, Setiausaha Agung FDP, Volker Wissing dan Saskia Esken. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Pemimpin Parti Demokrat Sosial (SPD), Olaf Scholz mengumumkan persetujuan untuk membentuk kerajaan pakatan baharu di Jerman yang menyasarkan untuk memodenkan ekonomi negara ini.

Pembentukan kerajaan pakatan baharu itu juga bertujuan ‘mempercepatkan penamatan era pimpinan Angela Merkel’.

Pakatan itu yang disertai oleh parti politik Greens, Demokratik Bebas (FDP) dan SPD menamatkan pentadbiran Merkel selama 16 tahun di bumi Jerman.

Ketiga-tiga parti tersebut mendapat undian majoriti di Parlimen dan berharap kerajaan baharu dapat dibentuk pada awal bulan depan.

Scholz pula akan diberi tanggungjawab memimpin Jerman menggantikan Merkel.

“Saya berharap kerajaan pakatan baharu ini dapat memberi serta membuat perubahan yang signifikan untuk rakyat Jerman,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan baharu itu bakal berdepan dengan beberapa cabaran ‘serta-merta’, termasuk Eropah masih bergelut dengan isu Brexit, krisis sempadan Kesatuan Eropah dengan Belarus dan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Scholz, 63, yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai menteri kewangan memberitahu, usaha mengurangkan kes Covid-19 akan menjadi perkara utama dalam kerajaan pimpinannya.

Selain itu, pemimpin Greens, Annalena Baerbock, 40, dijangka menjadi menteri luar wanita pertama Jerman.

Pemimpin FDP, Christian Lindner, 42, pula bakal mentadbir kementerian kewangan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya