Enggan kemas bilik, kanak-kanak perempuan menang ‘Anugerah Bilik Paling Bersepah di UK’ - Utusan Malaysia

Enggan kemas bilik, kanak-kanak perempuan menang ‘Anugerah Bilik Paling Bersepah di UK’

KEADAAN dalam bilik Emily yang bersepah di Glasgow, Scotland. - HAPPY BEDS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Glasgow menerima ‘Anugerah Bilik Paling Bersepah di United Kingdom’ dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat menghasilkan katil, Happy Beds.

Penyertaan Emily dalam pertandingan itu dilakukan oleh bapanya, Steve selepas dia tidak tahan melihat bilik anaknya yang terlalu bersepah.

Menerusi pertandingan yang dianjurkan, Happy Beds mencari mana-mana bilik kanak-kanak yang paling bersepah sebagai juara.

Pertandingan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan ibu bapa dengan kebanyakannya menghantar gambar bilik anak mereka yang bersepah.

Jika menang, mereka akan diberi katil baharu keluaran Happy Beds yang berharga 400 pound (RM2,254).

Dalam pada itu, Steve menyifatkan bilik anaknya seperti ‘zon bom’ dan memberitahu, Emily hanya menggunakan biliknya untuk menukar pakaian dan meletakkan apa sahaja di dalamnya.

“Sudah puas kami menyuruhnya mengemas bilik, namun dia tidak mengendahkannya sehinggalah saya masukkan dia dalam pertandingan ini.

“Saya berharap, dengan ‘anugerah’ yang dimenanginya, Emily akan berubah,” kata Steve.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.