Dua pemain bola sepak ditikam - Utusan Malaysia

Dua pemain bola sepak ditikam

ASYRAFI AMBIA ditikam dari bahagian belakang.-TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Ketua Daerah Aceh Tamiang, Mursil mengutuk sekeras-kerasnya insiden dua pemain bola sepak Aceh Tamiang yang mengalami kecederaan akibat ditikam.

Lapor Tribunnews, akibat kejadian itu, Mursil mengarahkan semua pemain pulang ke Aceh Tamiang, meskipun masih berbaki satu perlawanan menentang Bireuen.

“Selama ini, tiada pihak yang bertanggungjawab dan menjamin keselamatan pemain kami, maka sebaiknya kita pulang,” katanya.

Mursil yang begitu kecewa tidak dapat menerima insiden seperti serangan gaya samseng yang mendatangkan risiko maut kepada orang lain.

Beliau turut mengarahkan pengurus rasmi pasukan membuat laporan polis.

“Ini adalah bentuk serangan samseng yang langsung tidak mencerminkan semangat kesukanan.

“Saya berharap pelaku dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan segera,” tegasnya.

Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap tuan rumah yang gagal memastikan aspek keselamatan pemain.

Semasa perlawanan menentang pasukan Langsa, berlaku kekecohan di stadium sehingga menyebabkan pemain bola sepak Aceh Tamiang, Asyrafi Ambia ditikam dari bahagian belakang, sementara, M Nafis Fajri terkena serpihan botol kaca.

Kejadian berlaku ketika perlawanan berbaki dalam tempoh 16 minit sebelum berakhir.

Kekecohan difahamkan melibatkan seramai lima hingga tujuh orang, namun hanya dua lelaki yang melakukan serangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya